Kesimpulan

Gangguan emosi adalah satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih karasteristik yang dialami oleh murid-murid. Emosi pelajar perlu dikekal atau dipertingkatkan dengan pengajaran guru agar lebih bersifat pembimbing di sisi. Guru juga perlu memahami emosi pelajar kerana perbezaan tingkah laku, sosial dan rohani dalam kalangan pelajar sememangnya berbeza antara satu sama lain. Menangani gangguan emosi di kalangan murid adalah tanggung bersama, baik di kalangan ibu bapa, masyarakat dan juga guru. Pencegahan pada peringkat awal, dapat mengelakkan masalah yang lebih serius pada masa murid tersebut dewasa kelak. Ibu bapa, guru juga seharusnya memainkan peranan mereka dengan penuh tanggungjawab. Kemahiran untuk menangani gejala gangguan emosi hendaklah dipelajari serba sedikit oleh guru. Emosi murid yang stabil akan menghasilkan murid yang berprestasi cemerlang dan melahirkan masyarakat yang harmoni, seterusnya menjadi daya penggerak ke sebuah negara yang aman dan sejahtera.



No comments:

Post a Comment